AKTIVITI YANG DIANJURKAN
Semenjak penubuhannya 4 tahun yang lalu yang diusahakan oleh inisiatif Yayasan Strategik Sosial (YSS)bersama Jabatan Perpaduan Negara serta pemimpin masyarakat setempat, KRT kawasan ini aktif menjalankan aktiviti kejiranannya seperti setiap tahun menganjurkan 'pertandingan street soccer', sambutan Hari Ibu, Hari Keluarga, seminar motivasi bagi pelajar sekolah serta aktiviti kejiranan yang lain seperti Hari Keluarga dan sambutan Deeparaya.
KRT Petaling Utama sekarang ini mengorak langkah dengan lebih proaktif dimana telah memulakan satu lagi projek untuk latihan kemahiran menjahit kepada golongan wanita. Peserta yang terlibat dalam projek ini adalah seramai 30 orang terdiri dari suri rumah dan wanita yang bekerja. Melalui aktiviti latihan ini diharapkan peserta akan mendapat kemahiran dan diharapkan pada tahun hadapan mereka berupaya memulakan peningkatan ekonomi melalui perniagaan secara kecilan di rumah mahupun secara berkumpulan bagi menambah pendapatan ahli keluarga. KRT Petaling Utama telah menyediakan 10 buah mesin jahit untuk

