SUARA JIRAN PETALING UTAMA

Suara Jiran Petaling Utama adalah merupakan info aktiviti kejiranan diterbitkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Flat Kos Rendah Petaling Utama (KRTPU).Bertujuan menyebarkan maklumat aktiviti serta menyuarakan isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Alamat : CG 12 Flat Kos Rendah Petaling Utama,Jln.PJS 1/52,46000 Petaling Jaya. Tel:013-3447601 Fax:03-78730636 e-mail:ismaildhrra@yahoo.com

Tuesday, July 18, 2006

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Saya selaku Ketua Editor untuk SUARA JIRAN PETALING UTAMA, pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi melawati laman bloger ini. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Kos Rendah Petaling Utama terletak dikawasan perumahan kos rendah yang mana para penduduknya adalah berbilang kaum dan latarbelakang ekonominya adalah berpendapatan rendah. Asalnya kawasan ini adalah merupakan kawasan setinggan dan tanah lombong dan kemudiannya dibangunkan sebagai penempatan semula para penduduk berpendapatan rendah. Jumlah penduduk dianggarkan 3,000 orang dan jumlah ketua keluarga dianggarkan 800 ketua keluarga, peratus mengikut jumlah kaum adalah 60% India, 30% melayu,10% Cina.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home